Umumnya wanita mempunyai kecenderungan untuk mendapat penyakit khusus untuk wanita. Oleh keran itu takaful adalah alternatif baik untuk penyimpanan selain dari menyimpan di bank kerana ianya memberi perlidungan diri, mempunyai dana pelaburan berlandaskan syariah selain bebas dari unsur riba, maisir, dan judi. Jadi, anda tidak perlu risau tentang risiko kewangan diri anda yang telah dilindungi disamping anda tidak perlu memohon bantuan atau rayuan kepada badan bukan kerajaan atau persatuan lain sekiranya berlaku kemalangan atas diri anda.
Friday, May 6, 2011
Pengenalan takaful wanita
Di dalam hadis Rasulullah pernah bersabda supaya kita mengingati 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu Sihat sebelum Sakit, Muda sebelum Tua, Kaya sebelum Miskin, Lapang sebelum Sempit, dan Hidup sebelum Mati. Ramai antara kita masih belum melakukan perancangan untuk itu terutamanya perancangan kewangan untuk diri sendiri. Ini mungkin disebabkan faktor mempunyai pergantungan kepada biasiswa dan ibu-bapa atau pinjaman dan tabiat ini boleh memberi kesan panjang terhadap diri kita pada pengurusan kewangan. Risiko mendapat kecelakaan atau kemalangan dan kematian terdapat pada setiap individu dan paling malang apabila mendapatkan risiko ini tanpa kewangan yang stabil untuk proses rawatan dan perkhidmatan terbaik. Kewangan yang tidak stabil berpunca pada teknik pengurusan kewangan yang kurang berkesan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment